>_<.Assalamualikum.waalaikumussalm.

"blog!blog?
kenapa semua org ada blog?
tapi aku x de.."
.aku termenung.aku boring.aku terfikir.
bukak laptop.tepat pukul 9.50 pagi
bersamaan dengan 17/2/2010 aku
mulakan mission "create blog".
yeah!berjaya! tajuk? aku.kisah.perjuangan.



Pages

Wednesday, June 15, 2011

alhamdulillah..allah nak uji aku..

ya allah..
alhamdulillah..kau uji aku lagi..
alhamdulillah..kau uji iman aku pada mu..
alhamdulillah..kau beri aku ruang untuk aku muhasabah..

ALHAMDULILLAH!

minggu lepas aku sekali lagi ditaklifkan satu jawatan..
sungguh ya allah! aku takut ya allah!
aku takut untuk menerima jawatan ini!
aku takut tak mampu ya allah!
aku takut aku leka dalam melaksanakan tugas ini..

tak pernah pun terlintas dalam hati untuk meminta2 jawatan yang kau beri..
bukan menjadi satu adab dalam islam sendiri untuk meminta2 jawatan..

ya rahman ya rahim..
istiqamah kan ku dalam perjuangan ini ya allah..
jangan kau lekakan aku ya allah..

mungkin ada hikmah di sebalik kau memilih aku..
mungkin kau beri aku peluang untuk aku sedar siapa diri ku
mungkin kau beri aku peluang untuk mujahadah di sebalik apa yang berlaku
mungkin kau beri aku peluang untuk aku berubah..

aku redha ya allah..

Wednesday, October 20, 2010

Aku IngiN sekali seperti KAMU!


Saudaraku, aku ingin manjadi sepertimu.
I want to be like you.

Saudaraku,
semalam aku terdengar sebuah berita yang pilu, sekuntum bunga syahid telah jatuh menyembah bumi. Darahnya yang merah terbau harum. Air mata kepanasan mengalir di pipiku.

Saudaraku,
sebenarnya mereka itu tidaklah mati. Bahkan mereka itu hidup disisi Rabbnya. Adapun aku disini, perasaanku bercampur baur. Aku teringatkan kisah-kisah sahabat yang merindui syaheed di jalan Allah. Lantas aku terasa kehidupan ini hanyalah sia-sia. Aku ingin sekali berjuang bersamamu saudaraku. Biarlah tubuhku yang kerdil ini menjadi saksi di depan Allah.

Aku masih ingat bagaimana Al Syaheed Syed Qutb di hukum gantung, aku masih ingat bagaimana Al Syaheed Abdul Fattah Ismail di bunuh.

MasyaAllah,
aku baca kembali surat-surat terakhir Al Syaheed Syed Qutb kepada adiknya. Aku begitu terharu. Alangkah tebalnya keimanan mereka. Sedangkan aku, masih dipersimpangan.

Saudaraku,
semalam aku mengutip kepingan-kepingan hati yang berciciran. Hanya itulah yang ku mampu lakukan. Perjalanan ini terlalu jauh saudaraku. Moga apabila aku mati, aku berada dijalan yang baik..

Monday, October 18, 2010

Sibuk itu INDAH!


Jangan sampai ada ruang kosong dalam hidup kita tanpa karya dan amal yang nyata sebab di sinilah hukum kevakuman akan berbicara,

“Kalau kita tidak mengisi ruang dengan sesuatu, maka ruag itu pasti akan diisi dengan sesuatu yang lain. kalau kita tidak aktif menyibukkan diri dalam kebaikan, nescaya kita (yang lagi pasif) akan di sibukkan dalam keburukan”

Marilah kita menjadi seorang yang aktif beramal dengan kebaikan. Sedikit wasiat dari K.H. Rahmat Abdullah,
“Setiap insan akan binasa, kecuali orang-orang Islam. Setiap orang yang Islam akan binasa, kecuali orang-orang yang beriman. Setiap orang yang beriman akan binasa, kecuali orang-orang yang berilmu. Setiap orang yang berilmu akan binasa, kecuali orang-orang yang beramal. Setiap orang yang beramal pun akan binasa kecuali orang-orang yang ikhlas”.
Jom mendasyatkan diri, menjadi orang yang hebat!

Sunday, October 17, 2010

Aku diperhati..


Kita perlu SENTIASA SEDAR bahawa kita sedang diperhatikan oleh Allah.

SENTIASA INGAT bahawa kita sedang diperhatikan oleh Allah.

Jangan lupa, leka, lalai bahawa kita sedang diperhatikan oleh Allah.

Ini adalah antara cara asas untuk mendapat kekuatan iman.
Ini juga antara cara agar lebih khusyuk dalam ibadah.
Ini juga antara cara agar dapat hindari maksiat.

LATIHlah hati supaya selalu berkata , “Aku sedang diperhatikan oleh Allah”.
“Aku sedang diperhatikan oleh Allah”.
“Aku sedang diperhatikan oleh Allah”.
“Aku sedang diperhatikan oleh Allah”.

Iman paling afdhal ialah apabila kamu mengetahui bahwa Allah selalu menyertaimu di mana pun kamu berada. (HR Ath-Thobari

Monday, September 13, 2010

raya tahun ini . !


Tajuk : raya tahun ini
Penulis : Luqmanul hakim
Editor : Luqmanul Hakim
^ _ ^

5 Hari sebelum raya


Adik bongsuku dimasukkan ke hospital..
kes? denggi!

2 hari sebelum raya

Alhamdulillah.afiq syukran da boleh keluar hospital.

1 hari sebelum raya

Abang ku pula masuk hospital
kes? denggi lagi.adoi.
ujian allah belaka.malam raye tuh.

HARI RAYA PERTAMA!

Kringgg!
subuh subuh!

allahuakhbar allahuakhbar!
terdengar azan subuh berkumandang

zuuuppp
capai tuala.mandi.solat.

Lain.lain.lain.
tahun ni lain!
abang ku sorang tak de

sedih plak.lepas je solat raye
terus g hospital
haru pulak rase.
kitorang pakai baju raye kaler2
abg ku pakai baju "hijau"

ujian allah belaka

Sunday, April 11, 2010

aku dan MPP ^ ^


hari ini.jam ini.minit ini..
dan saat ini.
genap 2 bulan 12 hari
8 jam 46 minit 2 saat
aku bergelar
seorang MPP..
masyallah..
penat.sakit.perit.gembira.semangat.yakin.
perasaanku bercampur baur..
cemuhan.pujian.kritikan.
sudah ku terima semuanya.
tetapi..aku tetap aku.

naik turun pejabat HEP.
Ulang alik pejabat MPP.
menjadi rutin harianku.

Kem.Kursus.Bengkel.Mesyuarat.
Perkara ini sudah sebati dengan diriku
tiap2 hujung minggu.

Pengorbanan!
Bicara soal pengorbanan..
masa bersama family.
masa studyku.
masa tidurku.
masa makanku.
masa riadahku.
terpaksa aku hadkan..
terpaksa aku fikir2 kan..

Ukhwah!
Bicara soal Ukhwah..
Syak
Cik linda
Syikin
Zati
Kak Ju
Hamdi
Kayu
Adib
hadi
Handsome
Sam
Semua ini rakan2 seperjuangan MPP ku!
Semoga Ukhwah kita terus kuat dan mantap
hari demi hari.
Teruskan perjuangan kalian semua..
Teruskan agenda kita yang masih belum terlaksana..
^_^

Thursday, February 18, 2010

impianku..harapanku..


assalamualikum.
bior sye tolong jwabkan.waalaikumussalam.>_<

impian!
sye yakin anda mempunyai impian..
dan ini impian saye ^_^

."keluarga bahagia".

bagi saya,tiada apa yg lebey bermakna
melainkan membina keluarga yg bahagia..

dan!setiap lelaki akan bergelar suami..
saya tidak terkecuali kerna saya lelaki.hoho^_^

"abang..kanda..abahnya"
"abi..ayah..abah"

pe name panggilan terbaik utk isteri dan ank2 ye?

lihat!

saya sudah mula memikirkanya..
haha.^_^

ya allah..ku pohon..
kurniakan aku isteri solehah..
yang mampu memberiku semangat..
yang mampu memberiku zuriat yang soleh dan solehah..
yang mampu menjagaku tatkala aku dalam kesusahan..
yang mampu mengajar anak2 ku erti kehidupan seorang muslim..